Team Training

Regular briefings keep every LIAMHING driver safe, disciplined and courteous.

Briefing & Discussion

Learning together, every session

01

Mematuhi dan Menghormati Peraturan Syarikat

Waktu Tiba di Kilang

  • Semua bas atau van mesti sampai ke kilang 30 minit sebelum syif bermula.

Keselamatan, Kesihatan & Alam Sekitar

  • Enjin bas / van dan air-con mesti ditutup sementara menunggu pekerja menaiki di premis kilang.
  • Pastikan alat pemadam api di dalam bas masih dalam tarikh sah guna. Jika luput, tukar dengan segera.
  • Pastikan kotak peti ubat disimpan di dalam kenderaan.

Isu Keselamatan Umum

  • Utamakan peraturan keselamatan dan kesihatan kilang ketika berada di dalam kawasan kilang.
  • Pastikan hanya pekerja sahaja menaiki bas & van (orang awam tidak dibenarkan termasuk isteri atau anak dan sebagainya)
  • Sebarang dokumen penyelenggaraan kenderaan atau pemeriksaan dari PUSPAKOM atau JPJ disimpan untuk diaudit oleh pihak syarikat.
02

Perhubungan Antara Pemandu dan Pekerja

  • Harus mempunyai sikap prihatin ke atas keselamatan pekerja / penumpang ketika memandu bas / van.
  • Harus bersikap toleransi, berbudi bahasa dan bekerjasama.
  • Mematuhi dan mengikut jadual pengambilan ketika mengambil pekerja.
  • Mengambil dan menurunkan pekerja di tempat yang sama setiap hari. (kecuali terdapat masalah teknikal seperti banjir, kemalangan atau sekatan jalan oleh pihak berkuasa)
  • Memandu bas / van secara berhemah.
03

Hadkan Perbualan Dengan Pekerja Ketika Bertugas

Topik Asas (Bahan Perbualan Yang Patut Dielak)

  • Topik PerbualanMisalan: topik peribadi, politik, masalah rumahtangga, masalah seksual
  • Misi PeribadiMisalan: mempergunakan penumpang (pekerja) untuk menyampaikan masalah kamu dengan kontraktor bas (bos kamu)
  • Masalah TugasMisalan: gaji tak cukup, ambil lewat kerana bangun lewat bagi alasan tak cukup rehat, bos tak bagi repair kenderaan
Kerjaya seorang pemandu
Syarikat Liam Hing Bas Kilang tidak memerlukan pemandu yang jenis "multi tasking"
04

Kerjaya Seorang Pemandu

Ciri-Ciri Pemandu Yang Diperlukan

  • Pentingkan Keluarga & Kerjaya
  • Memahami Sensitiviti Keagamaan
  • Memahami Keadaan Jalan Raya Dan Sekitaran
  • Memandu Dengan Cara Yang Bertanggungjawab Dan Cermat (Tidak Laju)
  • Memastikan Kenderaan Diselenggarakan Dengan Betul Dan Tepat Pada Waktunya
  • Memakai Pakaian Yang Bersih Dan Kemas
  • Menghormati Peraturan Dan Undang-Undang Lalu Lintas
  • Tiada Rekod Jenayah Serta Tiada Rekod JPJ
  • Bebas Dari Penyalahgunaan Dadah
  • Tulus Dan Ikhlas Dalam Tugas Sebagai Pemandu
05

Faktor Kemalangan

  • Pemandu tidak cukup berehat.
  • Pemandu mengambil ubat sebelum atau ketika memandu.
  • Sikap pemandu yang memandu secara merbahaya.
  • Sikap angkuh, sombong dengan pengalaman sehingga tidak menghiraukan keselamatan penumpang.
  • Terpengaruh oleh dadah ketika memandu.
  • Kenderaan tidak diselenggara mengikut jadual atau tidak dijaga oleh pemandu.
Berhati-hati ketika memandu
Berhati-hati ketika memandu
Malang tidak berbau
Malang tidak berbau

Need reliable staff transport for your factory?

Tell us your shifts and headcount, and we'll plan the routes for you.